Beban akan dikaitkan dengan sesuatu tugas yang sukar dilaksanakan. Manakala, tanggungjawab ialah perkara yang sepatutnya kita perlu laksankan. Tanggungjawab sering dianggap sebagai beban kerana kita malas untuk berusaha. Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah bagi diri kita yang perlu dilaksanakan. Seberat mana tanggungjawab yang perlu kita pikul atau laksanakan, kita haruslah berfikiran positif dan ikhlas.
Kita sering merasa tertekan akan beban kerja yang kita perolehi. Lebih-lebih lagi jika kita perlu menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam satu masa yang sama. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan kita merasa gelabah dan stress kerana merasakan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan segala kerja yang diberikan.
Namun, kita sepatutnya bertenang seketika dan membuat perancangan yang rapi tentang perkara yang perlu kita lakukan. Jika kita sudah mempunyai perancangan tentang apa yang harus kita lakukan terlebih dahulu, maka kita tidak akan kelam kabut atau membuat persiapan pada saat-saat akhir.
Walaupun kita merasa tertekan kerana perlu menyiapkan banyak kerja, namun jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh dengan mengorbankan masa kita, tidur kita serta waktu bersosial kita dan apa yang kita usahakn itu berjaya. Maka, kita akan merasa berbaloi dan gembira.
Jika dibandingkan dengan melakukan usaha ala kadar dan berjaya. Kemanisan yang diperolehi jika kita beusaha dengan usaha kita adalah lebih berbaloi. Jangan merasakan sesuatu itu beban jika tidak mahu terbeban tapi merasakan sesuatu itu sebagai tanggungjawab dan amanah yang kita perlu laksanakan supaya kita dapat melakukan kerja itu dengan perasaan ikhlas dan mendapat kemudahan untuk melakukannya.
#selesai semua pembentangan minggu ni.syabas diriku!! :)
Salam cik mira
ReplyDeletetahniah kerana anda sudah bergiat bermain blog
pada pendapat saya setiap beban itu merupakan tanggungjawab yang harus di pikul individu agar mereka menjadi insan yang cemerlang kelak
itu sahaja dari saya :)
Salam,
DeleteTerima kasih di atas komen anda. Bagus pendapat anda. :D
Amira,
ReplyDeleteMinta lihat 'setting' blog anda ini, boleh saya tahu kenapa ada dua 'link' 'read more' selepas setiap post?
Apapun, post yang menarik. Tahniah.
a z z w a n
Maaf cik azzwan, saya tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan read more pada post saya. Saya cuba cari di edit html (layout) tapi tak jumpa. Apapun,saya akan cuba untuk hilangkan satu read more..
ReplyDelete