Sunday 29 April 2012

MALAYSIAKU :)


Nama penuh saya Amira Binti Mohamed Din. Lahir di Muar, Johor, Malaysia. Membesar di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.




Satu-satunya harapan ialah agar Malaysia sentiasa aman dan harmoni.



#semoga anak cucu nanti dapat rasai nikmat sebuah negara yang aman. :')





Saturday 28 April 2012

IKHLASLAH KAMU ^_^

Daripada pengalaman lalu, memang sukar nak ikhlaskan hati untuk sesuatu perkara itu lebih-lebih lagi ia amat melukakan hati kita. Tambah-tambah bila diri rasa dianiaya dan menjadi magsa yang diikat kaki dan ditutup mulut untuk dijadikan kambing hitam. Perkara yang kita tak nak dan tak mahu, malahan tak pernah terlintas kat otak akan terjadi pada diri sendiri.

Memang sangat sangat sangat senang untuk kita cakap SABAR, TABAH, DUGAAN ALLAH kat orang lain bila mereka ditimpa masalah atau musibah. Akan tetapi, percayalah bahawa sangat sangat sangat sangat sukar untuk diri yang menanggungnya.

MEMAAFKAN... senang ke susah? Bergantung juga pada tahap keterlukaan hati tu. Memang ambil masa untuk recover balik. Masa yang SANGAT lama, percayalah. Walaupun hati dah ikhlas, tapi bekas tetap ada. Bukan diri tak ikhlas memafkan, akan tetapi sesetengah perkara yang sangat SIGNIFICANT membuatkan hati seperti tak mampu untuk memafkan. Sesungguhnya, memaafkan adalah perkara yang terbaik.

Pahit yang ditelan tak siapa yang tahu. Lebih pahit lagi bila kita ditinggalkan keseorangan untuk menanggung segalanya dan diletakkan semua kesalahan atas bahu kita walaupun kesalahan yang dibuat sekecil biji sawi. Keadaan akan jadi lebih teruk lagi, bila ada dalam kalangan yang mahu menghulurkan bantuan  menjadi BATU API tanpa mereka sedar.

Satu tindakan dari kita akan disusuli dengan beribu malahan berjuta andaian daripada orang lain. Jadi, kita kena bersedia untuk menerima apa sahaja yang dikatakan orang lain yang kononya lebih mengenali kita dan mengetahui apa maksud tindakan yang kita buat berbanding diri kita. Hal ini kerana hampir 95% yang mereka andaikan adalah tidak betul dan mereka pun tidak sedar tentang ketakrasionalan andaian mereka.

KAWAN SEBENAR... Pada masa macam ini, kita kan dapat kenali siapa kawan yang sebenarnya tulus dan ikhlas. Walaupun semua orang menyalahkan kita dan TAK ADA satu pun di sisi kita kerana pada masa ini semuanya pun nak selamatkan diri sendiri. Akan tetapi, kawan yang sejati akan PERCAYA kat kita tak kira apa pun kerana mereka tahu mereka lebih kenal siapa diri kita berbanding mereka yang menyalahkan kita.

Pada masa ini, kalau ada kawan yang macam ni memang sangat membantu dalam mengurangkan beban yang sedang ditanggung walaupun mereka tak mampu berbuat apa-apa melainkan berada di sisi kita. Memang diri ni LEMAH, akan tetapi kita kena kuatkan hati untuk mengharungi apa yang berlaku walau sepahit mana pun. Bila kita dah harungi, kita seperti tak percaya macam mana diri kita mampu untuk kuat pada masa itu.

Kadang-kadang kata-kata yang diucapkan tak memberi maksud apa yang terbuku di hati. Kadang-kadang air mata ialah kata-kata yang paling ikhlas dari hati. Kadang-kadang kawan tak semestinya kawan. Kadang-kadang tak semua benda semua orang boleh tahu. Kadang-kadang kejujuran dapat dimanipulasi. Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan kebaikan diri. Kadang-kadang dia tak seperti yang kita lihat. Kadang-kadang hipokrit lebih penting dari mempercayai. Kadang-kadang senyum tak memberi apa-apa erti. Kadang-kadang yang zahirnya elok tak menjanjikan apa-apa. Kadang-kadang kita perlu menangis tanpa keluarkan apa-apa kata-kata.

Bila hadapi masalah, hadapi dengan ikhlas kerana ia ujian dari Allah yang uji kita sebab dia sayang kita dan juga sebab dia nak tunjukkan kita sesuatu yang kita tak nampak. Kita kena kuat dan percaya kita masih beruntung jika dibandingkan dengan orang lain. Jadi, hadapilah masalah dengan rasa sabar. Maafkanlah mereka yang mendustai kita kerana mungkin mereka tidak sedar dengan apa impak tindakan mereka kepada diri kita.

Coretan dari buku La Tahzan : Jangan Bersedih, Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan.

''Sesungguhnya kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih memberikan hal-hal yang positif daripada kelemahan. Dan orang yang dengan kesedarannya sendiri tidak bersabar, maka keadaanlah kemudian yang akan memaksanya bersabar.''

A-Mutanabbi mengatakan :

Masa telah melemparkanku pada malapetaka
hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah. 
Hancur lebur hatiku hingga berkeping-keping saat anak panah itu menghujam ke dadaku. 
Tidak pernah kuingat lagi bencana itu kerana bagiku semua itu tidak bermanfaat.

#duhai hati,tahniah sebab ikhlas.




KEKECEWAAN T_T

Jumaat lepas bersamaan 27hb April, 'MEREKA' a.k.a budak-budak kelas aplikasi yang cool bersama cik azzwan telah berjaya melaksanakan aktiviti bermain bowling bersama-sama. Gembira untuk mereka tapi bukan untuk diri sendiri. :')

Patutnya plan pergi akhirnya tak menjadi. Rasa kecewa teramat. Nak meng'cancel'kan pun tak sampai hati. Tapi, mintak maaf TERAMAT SANGAT kat cik Azzwan sebab tak pergi. Kepada Izni sebab lepas kelas makro baru tau tak dapat pergi and masa Izni call baru nak call Izni sebenarnye. T_T Kepada yang message nak amik kat kolej.

HARAP MAAF

Kecelaruan, kekonfiusan, kerasabersalahan, kedilemaan melanda diri sama ada nak cancel atau tidak. Mane taknye semangat dah awal-awal lagi dah tulis guna marker (biasanya guna pen) kat kalender tersayamm nak pergi main bowling dengan korang after dah confirmkan dengan Jasmimi. (walaupun diri ini tak pandai main). =(

=.=

Sesungguhnya kita tak dapat duga apa yang akan berlaku. Segala yang kita rancang tak semestinya akan berjalan macam yang kita nak. Yang paling penting kat sini ialah hati kena redha dengan takdir Ilahi. Nak buat macam mana kalau dah tak de rezeki. :')

So, i'm looking forward for the next event dengan mereka yang cool ni. Hope i'm not gonna miss it again. SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH.

#tabahkan hati, jangan bersedih.

Thursday 26 April 2012

MARI MELIHAT UKM ^_^

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sila klik di bawah untuk melihat video mengenai UKM :



#sekian, ukm tercinta.

Tuesday 24 April 2012

VIDEO UKM YANG AWESOME

 Video "UKM dari kacamata pelajar"

Pastinya penghasilan video ini memakan masa untuk dibuat dan usaha yang dilakukan patut dipuji. Pelajar juga telah mencurahkan idea mereka untuk menghasilkan video yang dapat menarik orang luar untuk memilih UKM sebagai institusi pilihan mereka untuk meneruskan pengajian. 
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya jika video tersebut menggunakan Bahasa Melayu adalah lebih baik dan membuat 'subtitle' menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini lebih dapat menonjolkan identiti UKM sebenarnya.

Video "Korporat UKM"

Video ini mendedahkan orang luar serta pelajar UKM sendiri untuk mengetahui tentang kejayaan-kejayaan yang telah UKM capai sepanjang penubuhannya. Selain itu, video ini dapat memberitahu secara ringkas kepada orang luar apa yang UKM lakukan sebagai sebuah universiti penyelidikan.
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya video ini kurang menarik. Namun, pastinya video ini dapat menarik perhatian orang luar. Akan tetapi, jika ditambah dengan unsur yang lebih menarik mungkin akan lebih bagus.


# Sekian.

Monday 23 April 2012

HILANG :)


Hilang hilang hilang. Benda yang hilang selalunya dikatkan dengan LUPA. Selain lupa, LALAI juga penyebabnya.

Sepanjang hidup banyak benda yang saya dah hilangkan tanpa disedari. Lebih-lebih lagi mempunyai daya ingatan yang lemah. Kes hilang yang kelakar ialah masa di matrik dan UKM. :D

Satu hari ni, cari-cari dompet tapi tak ada. Jadi, consider hilang lah kan. Habis dah kena marah dengan roomate, mak, ayah, kawan dan lain-lain. Nak nangis bila kena marah. Lepas kena marah dengan mak, teringat nak pergi kafe tengok-tengok kalau ada kat sana sebab last pegang dompet masa malam semalam makan kafe. Malangnya, tak ada. Dalam perjalanan nak balik bilik, terseluk poket cardigan dan terjumpa dompet yang dicari tu. HUHHHH.. Lepas tu, apa lagi.. kena gelak dengan semua orang yang tahu cerita tu.. 

Pengalaman macam itu membuatkan kita lebih berhati-hati kelak. Namun, baru-baru ini terjadi satu lagi kisah kehilangan. Kali ni, giliran kunci bilik pulak. Hari tu ada discussion kat fakulti tapi sebelum tu singgah KUO untuk print dan photostat. Lepas balik dari discussion cari kunci tak ada. Nasib baik roomate ada kat bilik. Petang tu cari lagi kunci tu, selongkar beg semua. Tapi tak jumpa. Dan macam biasa kena marah dan mereka suruh gantung kunci kat leher katanya. =.="

Nak pergi duplicate ada exam, so tak ada masa. Jadi, esoknya pergi pejabat kolej nak minta kunci baru, kawan cakap RM5 je. Tapi bila pergi RM20 pulak. Disebabkan tak cukup duit yang dibawa dan atas nasihat Kak Sara(Jaksa KBH), tak jadi nak minta kunci di pejabat. Selama lebih kurang 5 hari hidup tanpa kunci bilik. Susah betul nak tinggal bilik. Sebenarnya, dah banyak kali jugak hilang kunci bilik. :P

Tapi selalunya hilang sebab tertinggal kat bilik kawan je. Kali ni, tak pasti tinggal kat mana. Sedih dan rasa bersalah kat kunci tu. Tibe-tibe masa kelas Accom, seluk kat poket pencil case yang kecik nak cari ubat pensil. Tiba-tiba terjumpa kunci bilik. Mula-mula ingat terambil roomate punya ke, rupa-rupanya kunci bilik yang ingat hilang tu. HUHHHH.. Jumpa akhirnya.. Habis kena gelak dengan roomate, tapi diri sendiri pun tak dapat tahan gelak. :D

PENGAJARAN !!!
Jangan cepat gelabah dan cari betul-betul dulu kalau tak nak kena marah dan gelak free-free.
Lagi satu, benda yang hilang tu ada je kat tempat yang kita tak sangka-sangka biasanya.

# kunci maafkan tuanmu ini ye. :')

Sunday 22 April 2012

CORETAN BUAT TEMAN :D



Assalamualaikum,

Ehem.. Memang sukar untuk membina satu ikatan persahabatan. Lebih-lebih lagi diri ni, banyak kurangnya. Bila salam perkenalan dihulur, perasaan bercampur-baur. ada rasa gembira, takut dan macam-macam. Tapi, nice to meet you friend. ^_^

Sepanjang kita kenal, macam-macam dikongsi bersama. Suka, duka, dan macam-macam lagi. Jalan ke mana-mana pun sama-sama. Rasa gembira bila dapat gelak sama-sama. Kadang-kadang ada terasa hati dan drama ambil hati. Lebih-lebih lagi awak ada kawan yang sensitif macam kita ni. :D

Tapi, kebahagiaan memang tak kekal lama kan? Mesti ada dugaan yang akan datang. Walaupun kita-kita gaduh or berpaling muka or dingin, kita harap awak tak ada rasa nak putus kawan dengan kita. Kita hanya perlu sedikit masa untuk cool down. Awak tetap kat hati kita. :)

Kita minta maaf sangat-sangat sepanjang persahabatan kita, kita mesti banyak sakitkan hati awak. Maklumlah, kita ni sensitif. Ngee.. Kita sayang semua kawan kita dan kita ingat kawan kita. Maaf sangat-sangat pernah buat awak kecewa. :(

Hmm, kita harap awak faham isi hati kita. Sejujurnya, kita ikhlas kawan dengan awak. Saya suka kawan dengan awak. Kita maafkan semua salah awak. Harap awak maafkan kita juga. Rindu saat-saat dengan awak. 

Maaf sangat kita nampak macam tak care pasal awak. Tapi, kita memang macam ni. Harap awak faham. Sekali lagi, kita minta maaf. Kita sayang awak. <3

* Harap persahabatan kita-kita sampai Jannah :)


Terutama untuk kalian,











Thursday 19 April 2012

INSPIRATION :)


Inspirasi membuatkan kita ingin menjadi yang lebih baik dan lebih hebat. Ia mendorong kita untuk mengubah hidup kita dan mengumpul kekuatan untuk menjadi yang TERBAIK. Manusia selalu alpa, jadi kata-kata semangat diperlukan untuk dijadikan inspirasi supaya tidak tersasar ke jalan yang salah. I would like to share something that inspires me to be a better person.. Insya-Allah.. :)

Kak nisa yang sangat lembut, sopan santun, baik budi pekerti, comel dan penyayang.. You inspire me sis.. Love you <3

April 2010,

Making a decision to wear hijab,fulltime wasnt easy for me. With the environment im living in you-know-how... To leave everything that i love to do when i was hijabless,the clothes that we say 'up-to-date',and i kept on thinking about wht people might say, its killing me. Mmg susah.

Bt one day when i sat down alone in my room, i started to look around... I may not have everything in the world bt so far its enough for me... I have a loving family,keperluan semua cukup,tak pernah berlapar.. Allah bg mcm2 pada nisa tp suruhan dia susah sgt nisa nak buat. Ya Allah,berdosanya nisa... As day passes by,i started to think, bila nisa kena seksa kt neraka sbb tak tutup aurat nnt, will the things that i love to do before will help me? Will the clothes that i put on help me? Will the people who kept telling me 'skrg masih muda' 'pkai tudung tu kolot',help me? No,none of that will help me except for me,myself.

The decision has been made and nisa bersyukur sgt2 diberikan peluang utk berubah. This is who i am and this is how i present myself as a muslim woman. Alhamdulillah dah setahun lebih nisa bertudung and im trying to improve from time to time.. We dont know when is the exact time utk kita pergi meninggalkan dunia ni. No one knows,tp yg penting,sementara kita ada masa ni,kita kena patuh arahanaNya sbb nisa percaya setiap apa yg disuruh oleh Allah swt,pasti ada sebabnya right? :)

Kita tidak akan maju jika kita asyik memikirkan tentang apa yg org ckp tentang diri kita, we will always be a step behind atau bersteps steps behind. Bg nisa perubahan utk menjadi lebih baik itu perlukan usaha,dan usaha itu dtg drpd kita sendiri bukan dr org yg melemahkan kita. Yang penting,kita hidup kerana Allah swt dan segala-gala yg kita buat adalah untuk Allah swt..

Sama-samalah kita menjadi seorang muslim yg diredhai Allah swt! :D :D


Jazakallah.
Assalamualaikum ~

# Kita selalu merasakan perkara yang kita lakukan menyusahkan diri kita tetapi perkara itu adalah perkara yang sangat senang dan paling penting perkara yang akan menyenangkan kita nanti. Perkara yang mudah jangan disusahkan.

Thursday 12 April 2012

CINTA ^_^


Seperti yang sedia maklum, cinta ialah perasaan yang setiap manusia ada. Lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Cinta yang agung adalah cinta kepada-Nya iaitu Allah yang Maha Satu. Kemudian, cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Cinta kepada ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain. Namun, dewasa ini ramai yang lebih mengutamakan cinta kepada pasangan yang berlainan jantinanya atau yang lebih jelas lagi ialah cinta kepada 'couple'nya atau pasangan bukan muhrimnya.

Kebanyakan mereka apabila sudah mempunyai boyfriend/girlfriend akan lebih menumpukan kasih sayang dan cinta mereka kepada BF/GF mereka. Mungkin mereka tidak sedar kelakuan mereka kerana mereka asyik dilamun cinta dan sedang bahagia. Akan tetapi, apa pula reaksi orang di sekeliling mereka??

Sebagai contoh, mereka akan selalu update status atau tweet di twitter tentang kisah percintaan mereka. Mungkin tindakan mereka ini untuk menunjukkan mereka saling mencintai antara satu sama lain dan mereka tidak berlaku curang. Namun, bagi orang lain yang tiada kaitan dengan kisah percintaan mereka akan merana melihat status atau tweet mereka yang agak 'geli-geli' itu.

Selingan :

Kita sering mendengar kata-kataI LOVE YOU..
Kita sering mendengar kata-kata I MISS YOU..
Kita sering mendengar kata-kata I X BOLEH HIDUP TANPA YOU..
Kita sering mendengar kata-kata I RASE JIWA I KOSONG TANPA YOU..

sedang kita tahu, kata-kata itu lebih indah di ucapkan kepada ALLAH

ku teringat pesanan Imam Al-Ghazali,
“Haram sekadar perasaan rindu dan kasih terhadap seorang ajnabi”.
Biar putus cinta dengan manusia asalkan tak putus cinta dgn Allah..
Allah akan gantikan dgn yg lebih baik..

namun jika putus cinta dgn Dia, apa lagi yang nak digantikan?


Contoh lain, mereka akan selalu menghubungi antara satu sama lain. Tindakan mereka ini untuk merapatkan lagi hubungan sesama mereka serta untuk mereka mengenali sesama mereka dengan lebih mendalam. Namun, masalah akan timbul jika mereka terlalu kerap menghubungi antara satu sama lain dan kemudian mereka akan sering pula bergaduh untuk perkara yang remeh-temeh. Selain itu, ada yang sangup ber'gayut' a.k.a berbual di telefon pada waktu yang tidak kena seperti pukul 2pagi, 3pagi dan sewaktu dengannya.

Banyak lagi perkara lain yang orang bercinta akan lakukan yang pada mereka 'sweet' akan tetapi orang lain yang terseksa. Tidak salah untuk mereka bercinta dan mengenali antara satu sama lain. Namun, mereka harus peka dengan keadaan sekeliling. Janganlah hanya memikirkan cinta dan kasih mereka tanpa menghiraukan apa persepsi orang lain terhadap diri mereka. 

Okey, selepas putus cinta pula. Janganlah menyimpan dendam atau rasa yang tidak baik terhadap bekas kekasih anda mahupun terhadap orang lain yang menyebabkan hubungan anda tidak kekal lama. Anda harus ingat, ada hikmah disebalik semuanya dan jodoh itu di tangan Allah. Redholah dengan apa yang terjadi.



# maaf. kalau cinta simpan dalam hati. jangan lupa cinta pada Allah. jangan lupa pada batas pergaulan dalam agama. tak salah mempunyai rasa cinta. :)

Tuesday 10 April 2012

KAWAN :D


Bila bersendirian kita kan kesunyian. Bila berduka, kita perlukan teman. Oleh itu, selain keluarga yang tercinta, kawan adalah aset bagi diri kita. Susah untuk mencari teman sejati. Untuk memulakan persahabatan mungkin senang, tetapi untuk mengekalkannya adalah sukar. Teman sejati adalah mereka yang sudi menerima kita seadanyanya dan berada disisi kita tika susah dan senang.


 TADIKA
Masa kecil asyik ingat main dan makan sahaja. Jadi, bila dah besar tak ingat siapa kawan-kawan tadika. Hanya ingat beberapa orang sahaja, itupun sebab mereka jiran dekat dengan rumah. Seronok masa kecil, tapi kita masih tak tahu untuk menilai erti sebenar persahabatan. Tapi masa kecil gaduh, lepas itu esok dah main sama-sama. Tiada dendam dan perasaan hasad dengki.





 
SEKOLAH RENDAH
Bila dah masuk sekolah pakai kain biru gelap ni, mula dapat lebih ramai kawan. Mereka semua baik dan innocent belaka. Masa ini, mulalah kawan-kawan kelas main kawan dan tak kawan. Bila mereka gaduh atau ada selisih faham, mereka akan tak berkawan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka tidak serius dalam hal ini. Masa ini, kita baru nak belajar erti persahabatan dan baru mempunyai kawan baik.




SEKOLAH MENENGAH RENDAH
Melangkah ke alam persekolahan kain biru muda amatlah mencabar kerana ia merupakan permulaan ke alam remaja. Di sini, kita dapat belajar erti persabahatan yang lebih besar. Ada kawan yang baik, ada yang kurang baik. Oleh itu, masa ini kita kena pandai untuk memilih kawan. Jika kita salah memilih kawan, maka masa depan kita akan terjejas. 







SEKOLAH MENENGAH ATAS
Menjadi semakin dewasa dalam persahabatan menjengah usia 16-17 tahun. Masa ini, kita sudah matang dalam memilih kawan yang sesuai dengan diri kita. Kita akan mencari kawan yang mempunyai banyak persamaan dengan kita supaya kita berasa selesa untuk meluahkan perasaan dan melakukan aktiviti bersama-sama.










Selepas itu, kita akan lebih matang lagi dalam mencari kawan. Kita akan mengenal lebih ramai kawan baru dan berkongsi pemikiran dengan mereka. Hal ini akan memupuk kemahiran bersosial kita supaya kita mudah untuk menyesuaikan diri dengan orang dan persekitaran yang baru. Berkawan juga membolehkan kita membuka pemikiran kita di luar kotak. Hal ini kerana kita dapat berkongsi pengalamaan dan cerita dengan orang lain. Oleh itu, apabila melangkah ke alam pekerjaan, kita tidak akan berasa kekok dan mudah untuk kita menjalankan tugas kita.


# carilah kawan yang baik dan jaga hatinya. :)

Tuesday 3 April 2012

BEBAN ATAU TANGGUNGJAWAB??

Beban akan dikaitkan dengan sesuatu tugas yang sukar dilaksanakan. Manakala, tanggungjawab ialah perkara yang sepatutnya kita perlu laksankan. Tanggungjawab sering dianggap sebagai beban kerana kita malas untuk berusaha. Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah bagi diri kita yang perlu dilaksanakan. Seberat mana tanggungjawab yang perlu kita pikul atau laksanakan, kita haruslah berfikiran positif dan ikhlas. 

Kita sering merasa tertekan akan beban kerja yang kita perolehi. Lebih-lebih lagi jika kita perlu menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam satu masa yang sama. Hal ini sudah tentu akan menyebabkan kita merasa gelabah dan stress kerana merasakan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan segala kerja yang diberikan.

cat
 Namun, kita sepatutnya bertenang seketika dan membuat perancangan yang rapi tentang perkara yang perlu kita lakukan. Jika kita sudah mempunyai perancangan tentang apa yang harus kita lakukan terlebih dahulu, maka kita tidak akan kelam kabut atau membuat persiapan pada saat-saat akhir.

Walaupun kita merasa tertekan kerana perlu menyiapkan banyak kerja, namun jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh dengan mengorbankan masa kita, tidur kita serta waktu bersosial kita dan apa yang kita usahakn itu berjaya. Maka, kita akan merasa berbaloi dan gembira.

Jika dibandingkan dengan melakukan usaha ala kadar dan berjaya. Kemanisan yang diperolehi jika kita beusaha dengan usaha kita adalah lebih berbaloi. Jangan merasakan sesuatu itu beban jika tidak mahu terbeban tapi merasakan sesuatu itu sebagai tanggungjawab dan amanah yang kita perlu laksanakan supaya kita dapat melakukan kerja itu dengan perasaan ikhlas dan mendapat kemudahan untuk melakukannya.

#selesai semua pembentangan minggu ni.syabas diriku!! :)

Sunday 1 April 2012

TEKAD :)

star

Sesungguhnya usaha adalah tangga kejayaan. Tanpa usaha semuanya sia-sia belaka. Keberkatan juga memainkan peranan. Alhamdulillah.... TEKAD pemenang keseluruhan bagi Pekan Teater UKM 2012. Berbaloi segala penat lelah krew-krew TEKAD yang tidur tak cukup, assignment tak ke mana, makan minum tak lalu.. hehe..


Tahniah TEKAD!! Semoga sentiasa mengekalkan prestasi yang baik begini. Sedih tak dapat join dalam beberapa projek TEKAD sejak sem 2 ni. :'( Semuanya adalah kerana kesibukan aktiviti lain. Maaf dipinta. Apapun, harap sangat korang sentiasa success. Bangga dengan TEKAD.. Memang betul tagline Tekad bukan sekadar teater.. sebab Tekad ialah big family.. dan rasanya itu sebab Tekad dapat bagi teater yang baik. Tambahan sokongan kuat dari para alumni, warga kolej, jaksa dan felo-felo. 

Ubat kepada kepenatan dan peluh-peluh :
1. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Haiqal ( Selamat )
2. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - Kiera ( Bibi )
3. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki "EMAS" - Azhar Salleh ( Amy Amirol )
4. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita "EMAS"- Zaza ( Mimi )
5. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan "PERAK" - Izrul ( Sarjan Singh Misai )
6. Anugerah Pengarah Terbaik - Halyda
7. Anugerah Tatarias "PERAK"
8. Anugerah Tatabunyi Terbaik "EMAS"
9. Anugerah Busana Terbaik "GANGSA"

Last sekali, ubat segala ubat ialah JOHAN keseluruhan Pekan Teater UKM 2012

~~TEKAD BUKAN SEKADAR TEATER~~
Sila klik di sini :
Teater KALUT - PTU UKM 2012 TEKAD
#usaha tangga kejayaan 

KENAPA ??

ANGRYCAT

dalam hidup ni ramai yang menipu. kenape? banyak sebabnya. ada yang boleh diterima ade yang tak masok akal. tapi ade jugak orang yang suka menipu sebab menganggap menipu tu sebagai satu gurauan. apa kata anda? boleh ke? sekali dua boleh kot tapi kalau da jadik hobi, payah kott.

dalam hidup ni ramai yang mengeluh. kenape? kebanyakkannya adalah kerana tidak berpuas hati dengan apa yang Allah bagi. tapi yang pelik lagi, kalau orang tu mengeluh pada benda yang tak patot dimengeluhkan yang mana benda tu sebenarnya ok je but pada pandangannya tak ok.

dalam hidup ni ramai yang hipokrit. kenape? sebab tak nak orang lain tahu hal yang sebenar yang ade kat dalam otak dia. tapi, hipokrit patut ade cume perlu kena pada tempatnya. kalau tak kena tempatnya padah nanti.

kenapa, kenape dan kenape??? jawapannya ada pada empunye diri masing-masing.

#tiada manusia yang sempurna