Wednesday 11 July 2012

Pengalaman di K12A-108

Ok, masuk hari ni dah 11 hari menginap kat bilik K12A-108, Kolej Burhanuddin Helmi, UKM. Kalau dulu duduk di junior blok sekarang semester 3 ni dapat bilik baru di flatlet. Sedih jugak nak tinggalkan bilik lama sebab dah 2 semester duduk kat situ dan rasa selesa dengan roomate. Dan yang penting dah terbiasa dengan kedatangan kera setiap hari. 



Awal-awal dulu takut dengan kera-kera ni maklumlah jakun. HEHE.. Tapi dah lama-lama rasa seronok tengok diorang makan. Now kat bilik baru ni duduk sorang-sorang agak tak biasa dan kecut sampai tidur tak tutup lampu. HAHA..

Nasib baik satu blok dengan ex-roomate and bilik dia kat sebelah je. Senang lah kalau ada pape hal. Ada jugak kawan nak luah perasaan kan. Overall blok ni ok sebab semua lengkap, bersih, ada tv, peti sejuk, toilet pun ok and makcik cleaner pun pagi-pagi lagi dah kemas blok.

Cuma yang tak ok ialah blok ni ada tikus bukan kera. Euwww.. At first dengar senior bilik depan cakap and ingat biasa je tapi bila ex-roomate bagitau bilik dia tikus masuk and makanan dia kena makan siap masuk kat  almari baju lagi terus jadi kecut. Haihhh...

Selang sehari aku terserempak dengan tkus masa aku baru masuk pintu blok then masa nak turun tangga nampak dia kat tepi tong sampah. Fuhh.. terkejut betul time tu. Tapi aku cuba jugak memberanikan diri turun tangga dengan siap hentak kaki lagi kat tangga sebab tikus tu macam dah lari bawah tangga tapi once aku step 2 kali dia terus naik kat tangga dan aku tanpa berfikir panjang terus berlari turun tangga malangnya tikus tu naik tangga jadinya aku makin kecut sebab takut dia naik kaki aku. Dan aku menggunakan kuasa turbo yang ada untuk cepat-cepat  masuk bilik. Arghhh.. moment yang hmmmmmm... -..-

Pengalaman kedua yang menakutkan, baru kejap tadi situasinya aku tengah nak naik tangga ke toilet. masa naik tangga yang pertama ok. Then bila belok and nak naik tangga kedua dengar ada bunyi macam ada orang buang sampah dalam tong sampah. Aku ingat ada orang buang sampah kat bahagian toilet jadi aku pun jengah ke atas tapi tak ada orang pun. Lepas tu aku mulakan step pertama kat tangga dan bila pandang depan betul-betul tikus ada depan mata. Time ni rasa menyesal sebab pergi toilet. Kaki terhenti kaku dan bila dah habis fikir, aku buat keputusan untuk balik bilik semula. Bila aku start berlari turun tangga je tikus tu terus mula nak turun tangga jugak ke arah aku. Dengan perasaan yang sangat kecut aku berlari turun tangga seceapt yang boleh sampai macam tak cukup tangga yang aku nak step. Sampai depan pintu bilik aku pun menyumpah-nyumpah tikus tadi. Arghhh.. moment ni lagi.. >..<

Muka tikus tu bila kitorang bertentang mata macam ni lah. aishhhh, aku lebih rela kera. :(

Monday 18 June 2012

Minggu Terakhir Sem2/Tahun1


Pejam celik dah habis lagi satu sem dan hampir nak sampai masa untuk aku meletak jawatan sebagai pelajar tahun 1. Beberapa bulan lagi masuklah junior yang mengambil pangkat itu dan aku terpaksa naik pangkat ke Tahun 2 pulak. Hehe.

Sebelum aku naik pangkat jugak, aku kena harungi liku-liku short sem dulu. HUHHH!! Walaupun agak tak rela tapi, terpaksa merelakan jugak diri ni. Fikiran dah jauh sampai ke short sem la tahun 2 la tapi kenyataannya sekarang aku hanya baru habis 3 paper sahaja untuk final ni. Ada lagi 3 paper yang ku belum ambil.

Yang menyedihkan lagi, Ena a.k.a roomate, Madi dan Ema last paper mereka hari ni. Aku dengan Misya baru nak sit untuk paper OB esok dan lusa paper Makro. Rasa macam tak mampu nak buat bila diorang dah bergembira habis paper dan nak balik rumah.

Hmm, yang lebih menyedihkan lagi bila mengenangkan aku dengan Misya yang dah lama tak menjejakkan kaki ke rumah dan dah lama tak jumpa keluarga. Tapi aku yakin kitorang berdua boleh buat dengan baik exam ni walaupun dalam hati rasa sedih.

Untuk menghilangkan rasa sedih kitorang berdua pagi tadi kitorang masak spaghetti sebagai sarapan. Uish, sedap woo~ Haha.. Dan terasa seperti di rumah sekejap bila memasak. Hehe. Lepas ni masakkan untuk Ena, Ema dengan Madi pulak sempena mereka dah berjaya jawab semua paper untuk final. 

Rasa macam tak best nak study bila diorang dah habis paper dulu tapi aku kena buat betul-betul exam ni. Aku harap, aku dan Misya dapat kuatkan semangat untuk mengharungi dugaan-dugaan yang ada dan habiskan sisa-sisa usaha untuk semester 2 tahun 1 ni dengan keputusan yang cemerlang. Amin. :')

#Kejayaan tak akan datang bergolek mira, kau kena berusaha dan berkorban. 

Sunday 10 June 2012

Sentap seketika.

Hmm, ada yang mempertikaikan tentang website JOHO. Aku tak faham kenapa perlu melabelkan website tu sebagai kenegerian. Aku rasa sebab kurang jelas dengan JOHO. Pada pandangan aku, penubuhan JOHO tu bagus untuk anak-anak kelahiran Johor macam aku ni untuk lebih mengenali Johor dan menambah kenalan dari negeri Johor serta berkongsi cerita dan aktiviti bersama-sama.

Ia bukanlah satu perkara yang patut dipanggil kenegerian. Bagi aku, orang negeri lain pun boleh tengok website tu dan join apa-apa aktiviti yang dianjurkan JOHO. Tak ada syarat dan undang-undang yang aku baca, orang bukan negeri Johor tak boleh melawat website tu or join event JOHO.

Kita patut pandang sesuatu dari segi positifnya dahulu sebelum melihat dari sudut negatifnya. JOHO bukan ingin menanam kenegerian dalam diri anak muda Johor. Kami hanya berbangga sebagai anak Johor sepertimana kami berbangga sebagai anak Malaysia. 

Dan kami juga tidak mendiskriminasikan orang negeri lain. Setiap negeri ada keistimewaannya yang tersendiri. Sekali lagi aku tegaskan di sini, JOHO bukan kenegerian. Kami bangga lahir sebagai anak Johor. Semua orang amat dialu-alukan untuk menyokong JOHO. :)


What is JOHO?
JOHO is a one community platform for the next generation of Johor and JOHO lovers. The portal will provide the state’s best kept secret in term of arts, cultures, heritages, entrepreneurs, designs, sports, events and other related matters. In other words, JOHO is created to help bring forward the talented people of Johor and at the same time, making JOHO as a trusted brand name. A brand that we all can be proud of.We are turning concept into reality.







#Maaf, hanya mengutarakan pandangan. Boleh tengok-tengok link ni johobarublogspot dan joho :)

Aku jatuh cinta.



Hmm, macam mana nak cakap ni ek. Aku suka atau Aku minat atau Aku jatuh hati. Yang mana satu ni, mungkin semuanya. Hihihi... Buat pertama kalinya aku rasa cair. Aku dah crush ni. Haishhh.

Dia menarik hati, aku rasa nak dengar suara dia banyak-banyak kali dan setiap hari. Walaupun tak kenal tapi aku ada pasang niat nak dengar suara dia secara live. Haha. Mungkin dia dah taken, tapi aku nak dengar suara dia sahaja. Kalau dapat orangnya sekali pun tak apa, pakej kot. *jokes

# Persoalan samada aku dah berpunya atau belum sering diutarakan En.Azzwan kepada Misya. Kalau nak tahu tanyalah Madi. Ngeh ngeh :D

Study Week


Study Week untuk peperiksaan akhir semester 2/Tahun 1 dari 4hb Jun - 10 Jun 2012. Hari ini hari terakhir dan sepanjang waktu ini, susah nak fokus study. Walaupun macam-macam cara dah dibuat tapi hasilnya tetap sama. Mungkin malam ni kena mandi bunga dulu sebelum masuk Dewan Peperikaan.

Akan tetapi dan walaubagaimanapun, usaha dan semangat tetap ada. Jadi, jangan putus asa. Haiyak..

#Mengharap untuk keluar tengok wayang malam ni. :'(

Tuesday 22 May 2012

Settle dah Citrawarna.. Fuhh!!


Setelah berpenat-penatan practice bagai, itu ini dan segalanya akhirnya selesai juga Citrawarna. It's such a wonderful experience. Niat nak join pada mulanya suka-suka je sebab tengah kosong dengan program masa tu. Jadi, untuk mengelakkan rasa keboringan makanya masuklah bersama beberapa orang rakan.

Tiap-tiap Isnin dan Rabu akan ada practice pukul 5pm-10pm dan hari sabtu pukul 2pm-5pm. Ada la dalam beberapa kali yang tak datang sebab ada yang dibuat masa cuti seminggu sebelum midsem test start. Pengalaman yang paling best sekali bila event tu berlangsung. Ohsemmm!!! Silalah lihat gambar, tak tau nak cerita macam mana. Aihhh..


bergumbira sebelum berpenatan

pelajar sekolah yang gigih.hewhew

sakan mereka practice

suka persembahan sekolah ni sebab ada lagu gunung kinabalu.awww

cik peah dan bedah yang menunggu waktu buka sebelum rehearsal start =.="

bergambar untuk melupakan kehausan di tekak

ni kes penat menunggu lama, so bergambaq la kan

muka excited #ehyeke
orang-orang kampungku~~


bunga pink yang besar di kepala.

kamera di mana-mana, kena senyum walaupun peluh satu baldi =="

senyum ke telinga.haha

ini gambar passport

saya paling tembam ok. >.<

anak gadis kampung yang manis

mereka pun excited!!

kegembiraan terpancar di muka #eh

sebahagian pelajar UKM yang sertai Citrawarna, macam-macam warna ada

Macam-macam busana yang digayakan malam itu. Ada yang sabah, sarawak, india, pengantin, chef, tong sampah, boria, penoreh getah dan macam-macam lagi. Ada konvoi basikal, motor, motor berkuasa tinggi yang ditunggang oleh golongan wanita. Ada juga kereta berhias bermacam tema seperti sepang circuit, homestay, nature dan lain lagi. Ada teddy bear besar dalam troli besar, stiletto besar dam macam-macam yang besar. Itu sahaja yang dapat dikongsikan, yang lain maaf sebab tiada gambar kerana sibuk mencuci mata. HAHA. :B

#Yang baik dijadikan ikutan dan diamalkan, yang tak baik dijauhkan dan ditingkatkan. 

Saturday 19 May 2012

Hi Abang, Jangan Jerit Boleh Tak?

Hurm, Huhhh, Hmmmm....

Bekerja dengan satu produksi yang besar sememangnya banyak dugaannya. Macam-macam benda pahit manisa yang kita lalui, Yang paling wajib kena tentu-tentunya KENA MARAH, KENA CARUT, KENA TENGKING dan yang sewaktu dengannya.

Sakit juga hati bila orang terjerit-jerit kat telinga ni. Memang faham sangat-sangat krew produksi Citrawarna sangat penat. Mereka mungkin tidur hanya berapa jam sahaja dan kepenatan yang mereka lalui kita tak tahu. Akan tetapi, rasanya mereka kena pandai kawal keadaan. 

Mengikut apa yang saya lalui minggu lepas dan beberapa hari lepas, mereka memberi arahan yang kurang jelas kepada kami. Kemudian, dengan semena-mena mereka menjerit-jerit kepada kami. Rasanya kalau nak bagi arahan kenalah elok sikit dan ada skill. Kalau tiba-tiba bagi arahan dengan jeritan yang menjengkelkan, memang menyakitkan hati.

Walaubagaimanapun, macam tulah situasi yang sebenarnya yang perlu dilalui bila kerja dengan satu produksi yang sangat besar. Kita kena paksa diri untuk faham situasi mereka yang perlu menguruskan beribu-ribu orang, tekana mereka dan kepenatan mereka.

Lagi satu, tak semua yang begitu. Ada juga yang sangat friendly dan selalu tersenyum. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Akhir sekali, setiap perkara akan ada baik da buruknya. :)

#Awesome experience!

HARI INI

Beberapa hari yang lepas sedikit sibuk kerana terlibat dengan Citrawarna dan tak dapat nak siapkan banyak assignment yang berlambak-lambak. Hari ini adalah satu-satunya hari yang ada  untuk membuat dan cuba untuk menyiapkan kerja yang dah beratur panjang. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan segera sebab nak study untuk final pula.

Disebabkan beberapa hari ini kena keluar UKM untuk buat rehearsal, mintak maaf sangat-sangat kat group member Aplikasi Komputer, ACCOM dan CESMED sebab tak dapat nak bagi komitmen untuk tugasan yang perlu dibuat. Rasa bersalah, serba salah dan salah sokmo. Huhu..

Kepenatan Citrawarna dah hilang, lepas ni kena pulun diri sendiri siapkan kerja yang tertunda. Selagi tak siap memang tak aman hidp kat UKM ni. =="

#Wish me all the best !

Wednesday 16 May 2012

Emak oh emak..

Dah lama tak balik rumah, rindu dekat mak,ayah,akak-akak,adik-adik semua. Terlebih rindu dekat mak sebab dah lama tak story-story dengan mak. Atas sebab komitmen terhadap aktiviti yang disertai jadi tak dapat-dapat peluang nak balik rumah. Kalau balik sehari dua mesti mak buat muka then cakap "better tak payah balik, kejap sangat". -,-"

Sorry sangat mak sebab selalu balik rumah kejap sangat. 


Nak buat macam mana lagi kan, kalau dah anak mak ni ada komitmen dengan aktiviti kat UKM ni. Bukan tak nak balik sebab sayang UKM lebih. Last balik masa cuti study week midterm, balik rumah pun pagi ahad then pagi isnin dah balik UKM semula. Hmm, mak agak kecewa sebab balik kejap sangat tapi tu yang termampu org buat mak. Sebab lecturer PD mintak siapkan hasil kajian borang soal selidik and naik cuti dia nak. Rela tak rela terpaksa balik awal. =(

Last berborak panjang dengan mak masa bulan April lepas. Lama dah mak tak telefon saya. Tak apa-apa, yang penting mak ingat kat saya and saya pun ingat kat mak. Kalau telefon mak, mesti mak cakap sepatah dua je.. Anak dia ni pun sama.. Lama-lama kat telefon tu diam je.. Haha.. Bukan tak nak telefon mak, cuma mak suka senyap bila kita telefon dia. :)

Teringat masa kecil dulu kena marah dengan mak, kena rotan dengan mak. Tulah padah tak dengar cakap mak tapi tulah yang buatkan diri ni belajar dari kesilapan yang dibuat dan jadi 'orang' sekarang ni. Tak dapat nak bayangkan susah mana mak jaga anak dia yang degil ni. Hmm..

Memandangkan diri ni jenis yang pendiam which is susah nak berkomunikasi dengan orang. Jadinya, orang akan susah nak faham. Kalau cakap dengan orang pun ayat tunggang langgang dan orang akan salah faham atau salah tafsir. Jadinya, diam itu lebih baik walaupun diam pun orang akan salah faham.

Mak ialah satu-satunya tempat memgadu sejak dari kecil lagi. Lepas balik sekolah, konfem bercerita panjang dengan mak apa yang berlaku kat sekolah, apa yang buat kat sekolah, cikgu ajar apa, makan apa kat sekolah, kawan macam mana dan macam-macam lagi. 

Akan tetapi, beberapa tahun yang lepas mak buat pengakuan yang mak sebenarnya susah jugak nak faham apa yang anak dia cakapkan dan cuba sampaikan. Lebih-lebih lagi kalau cakap suara slow, mak cakap mak buat-buat macam dengar je. =.="

Kadang-kadang, akak akan jadi google translate mak untuk mentafsirkan apa yang saya cuba nak sampaikan. Tambah-tambah lagi saya  ni suka cakap sepatah dua je. Lebih sukar untuk mereka memahami tapi apakan daya tak reti  nak cakap berpatah-patah. Maaf ye mak. :D

Rasanya orang ikut mak yang suka cakap sepatah dua je. Hikhik.. Mak selalu risau kalau anak dia sorang ni keluar jalan-jalan dengan kawan. Al-maklum, anak dia ni banyak kes dah sesat sana sini, tulah nilah sampaikan susah nak bagi kepercayaan untuk keluar.

Kalau kawan ajak keluar naik bas, mak akan hantar depan bustop dan kalau boleh tunggu sampai kawan datang. And mak tak bagi keluar jauh-jauh. Oleh itu, Plaza Angsana lah tempat yang mak bagi pergi and hantar tanpa banyak halangan. Tapi bosan weyh Angsana tu.. Huhu..

Lagi satu perkara, mak selalu ketawakan anak sorang ni kalau bab motor. Sebab, AMIRA ialah satu-satunya anak dia yang tak pandai bawa mahupun bonceng motor. Kalau naik motor dengan ayah atau mak mesti mak dengan ayah bising tulah nilah. Hurmm...

Hari tu ada bagitahu hasrat kat hati nak ambil lesen Tahun 2 nanti and bagitahu kat mak nak amik lesen kereta and motor sekali. Maka, mak pun ketawa terbahak-bahak dan menyuruh supaya lupakan hasrat nak ambil lesen motor, just ambil lesen kereta je. Ayah pun turut tergelak bila dengar mak cakap pasal hasrat hati anak dia ni. =(

Tapi tak apa, mak ialah orang yang paling faham saya. Walaupun mak selalu cakap, "mak tak faham lah ira nak apa, cuba cakap jangan diam je..". Maaf lagi sekali mak sebab orang tak reti nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni.

Macam - macam keletah mak yang buat saya tersenyum sorang - sorang bila teringat. Mak yang selalu bising suruh belajar masak, mak yang selalu mintak jahitkan baju kurung mak, mak yang selalu mintak buatkan kek untuk mak, mak yang selalu pesan cari boyfriend yang bagus, mak yang selalu marah kalau cakap nak diet atau nak kuruskan badan, mak yang selalu komen bila beli barang dan macam-macam lagi yang mak selalu sangat buat, minta dan pesan.

Maaf ye mak, sebab anak mak yang malas ni mak kena sabar selalu. Kalau bab masak tu nanti orang cuba usahakan, kalau mak nak orang jahitkan baju kurung rasanya raya ni tak dapat sebab sibuk and kat sini tak ada mesin jahit. Hehe.. 

Kalau kek yang mak mintak masa hari jadi mak, rasanya kalau orang balik cuti nanti orang buatkan. Kalau pasal boyfriend tu, hmm... mak pun tau kan...??? Kalau pasal diet atau kurus tu kadang-kadang ada niat tapi duduk kat UKM ni tak payah diet memang cam ni la ha.. Dan untuk harapan mak yang lain, orang harap orang dapat tunaikan. Amin..

Mak jangan risau-risau, orang kat sini ok-ok je. Ada kawan yang tolong jaga orang untuk mak. Orang akan berusaha untuk jaga diri dan belajar elok-elok. Pasal makan, kat sini bukan tak nak makan cuma dah jemu dengan makanan cafe. Pasal jodoh, mak tolong bereskan eh.. Hehe.. 

Thanks for being a great mother for me. I miss you. I miss your cook. I love you,mak. <3

Saturday 12 May 2012

MY BLOOD TYPE IS B+ :)

Secara tiba-tiba nak google pasal jenis darah, and hasilnya ada yang suka dan ada yang duka.. huhu


Blood Type Diet - Type B
The sturdy and alert Type Bs are usually able to resist many of the most severe diseases common to modern life, such as heart disease and cancer. In fact, a Type B who carefully follows the recommended diet can often bypass severe disease and live a long and healthy life. Type Bs are more prone to immune-system disorders such asmultiple sclerosis, lupus, and chronic fatigue syndrome.
The Type B Diet is balance and wholesome, including a wide variety of foods.
For Type Bs, the biggest factors in weight gain are corn, buckwheat, lentils, peanuts and sesame seeds. These foods have different lectin that affect the efficiency of the metabolic process, resulting in fatigue, fluid retention, and hypoglycemia. The gluten lectin in wheat germ and whole wheat products also adds to the problems cause by other metabolism-slowing foods.
It is important to leave off chicken for Type Bs. Chicken contains a Blood Type B agglutinating lectin in its muscle tissue, which attack the bloodstream and potentially lead to strokes and immune disorders. Type Bs thrive on deep-ocean fish, but should avoid all shellfish. The shellfish contain lectins that are disruptive to the Type B system. 
Type B is the only blood type that can fully enjoy a variety of dairy foodsMost nuts and seeds (especially peanuts, sesame seeds and sunflower seeds) are not advised for Type Bs., they contain lectins that interfere with Type B insulin production.
Wheat is not tolerated well by most Type Bs. They contain a lectin that reuce insulin efficiency and failure to stimulate fat "burning". Rye contains a lectin that settles in the vascular system, causing blood disorders and potentially strokes. Corn and buckwheat are major factors in Type B weight gain, they contribute to a sluggish metabolism, insulin irregularity, fluid retention, and fatigue.
Eliminate tomatoes completely from Type B diet. It has lectins that irritate the stomach lining. Fruits and vegetables are generally well tolerated and should be taken generously.


Ok, yang sukanya ialah perlu elak makan tomato.. yeahhh!!!
Yang dukanya ialah makan jagung boleh buat berat naik.. hampeh..
Ayam pun tak boleh????!!! Arghhh... Terseksa hidup tanpa ayam..
And baru tahu yang makan kerang akan ada effect kat diri.. patot la selama ni tak boleh makan.. huhu

Selebihnya....


*hmmm...apa boleh buat.. makan atau tak.. 

Thursday 10 May 2012

PENAT TAPI.....

Alhamdulillah, akhirnya jadi juga main futsal bersama rakan kelas aplikasi komputer. Idea yang mula-mula disarankan oleh En.Azzwan masa awal-awal kelas dulu dapat menjadi realiti akhirnya. Harap dapat menggembirakan En.Azzwan setelah menunggu lama nak main futsal dengan kitorang. :)

Sangat enjoy tadi, walaupun kaki dah tak larat sebenarnya. Tapi memandangkan ramai yang bersemangat nak main futsal ni masa post kat fb, rasa perlu berkorban sikit. Biar penat, asalkan gembira. Hehe. :D

Maaf sebab tadi energy low sangat. Haha. Tendang bola pun macam apa. Tak dapat nak kawal kaki yang dah lenguh tahap dewa ni. Hal ini adalah disebabkan, ada rehearsal untuk Citrawarna kat PWTC 9hb dan 10hb iaitu hari ini. (~,~'')

Ahad dah la tak dapat tidur satu malam siapkan kerja, Isnin pula qada' tidur untuk ahad malam sbb energy dah tinggal 3% (sebab tak biasa tidur lambat). Selasa lepas kelas, malam ada perjumpaan siapkan project PD and tidur pukul 2pagi. 

Rabu seharian kat PWTC dari pagi sampai maghrib. Malam ada perjumpaan untuk PD lagi and tidur 2.30pagi. Khamis (hari ni) dari pagi sampai pukul 3ptg kat PWTC rehearsal. Then, naik public transport balik UKM kejarkan kelas PD pukul 5petang yang tak dapat nak escape sebab ada 2 refleksi. =.="

Nasib baik kelas PD habis pukul 6.30petang. Bolehlah balik kolej jumpa roomate tersayamm dan mandi hilangkan bau peluh badak. Then, pukul 7.32petang step keluar dari bilik cari kereta yang tuannya baik hati untuk ambil kita. Hehe..

Dan akhirnya, walaupun kaki lenguh tahap dewa kesembilan ni, berjaya juga main futsal dengan korang semua yang happening dan energetik sangat. Stamina korang memang hebat la. TERBAIK!!!

Terima kasih kepada semua kerana menjayakan aktiviti ni. Sangat best!! :)

Friday 4 May 2012

SAYANG AWAK!! :')


Jodoh itu rahsia Allah. Sememangnya!!! :D

Kita memang tak tahu bila jodoh kita akan sampai samaada cepat ke lambat ke. Hmm, semuanya ketentuan tuhan. Lagi indah bila bercinta lepas kahwin kot. Hehe..

Tanggal 2 Mei 2011 yang lalu, seorang rakan baik saya KAHWIN!! Huhu.. Dah setahun dah masa berlalu.. Sangat tak sangka bila dapat berita perkahwinan dia. Lagi terkejut bila dia bagitahu pasal majlis kahwin dia 2 minggu sebelum majlis dia langsung.


Masa dia telefon, dia cakap "Mira,kita ada something nak bagitahu awak ni. Jangan terkejut tau!". Dan dengan slumbernya pun jawab "Kenapa? Nak kahwin ke?? Hehe..". Dan dia pun cakap "Ak ar, mana awak tahu?". Masa ni memang tak expect yang dia nak kahwin betul-betul so gelak besar la sebab ingat lawak je.

Lepas dia convince kan yang dia betul-betul nak kahwin 2 minggu lagi still rasa macam tak percaya. Tambah-tambah lagi selama kenal dengan dia, tak pernah dia layan mana-mana lelaki pun. Woww. Sangat terkejut.

Untuk menghilangkan rasa keterkejutan tu, jadinya decide dengan Hana untuk pergi tolong-tolong kat rumah dia sehari sebelum majlis kahwin dia. Tetap rasa tak percaya bila tengok inai kat jari dia dengan mata sendiri.

Lepas kitorang becerita dan menemubual dia, baru kitorang tahu yang sebenarnya dia dah plan lama benda ni since semester 1 kat matrik. Fuiyooo. Masa dapat tahu terkesima sebab selalu jugak contact dengan dia masa kat matrik tapi tak dapat nak bau nasi minyak tu.

Kecewa betul. Pandai menyimpan rahsia dia ni. Tapi, sebagai kawan faham kenapa dia rahsiakan dari kitorang sebab dia tak nak bagitahu benda yang tak pasti jadi. Bila dah pasti baru bagitahu.

Pejam celik, dia dah nak dapat baby dah beberapa bulan lagi. Tak sabar nak tengok baby dia, mesti comel macam umi dia. Rasa sangat bahagia untuk dia. Cemburu bila tengok dia dah ada husband pada usia muda dan still dapat bahagikan masa belajar dengan baik. Tambah-tambah keputusan dia sangat bagus. Lagilah jeles.

Untungnya dia... >.< Bilalah jodoh kita nak sampai ni.. Hahaha.. Harap jodoh dia kekal sampai Jannah. Kita sayang awak!!! Tunggu kita kahwin nanti tau, nanti kita jemput.. Hehe..

#Bila nak makan nasi minyak sendiri ni. HAHA

YEAHHHHH!! :D


Alhamdulillah,

Akhirnya siap juga buat semua kuiz CESMED. Walaupun ada 10 soalan bagi setiap kuiz tapi bila buat 7 kuiz sekali jalan, jumlah soalannya sama macam soalan Pemasaran dan Kelakuan Organisasi. Hahhhh. =.="

Kuiz yang paling berjaya ialah kuiz Simulation. Dapat 100 wooo. Haha. :) Hasil dari buat mogul sampai 10th quarter agaknya, walaupun main mogul tu aliran tunai nya negatif je. Hihi. :D

Apapun, walaupun CESMED ni agak kurang diminati oleh ramai pelajar UKM. Akan tetapi, memandangkan ia adalah subjek wajib maka kenalah buat dengan sungguh-sungguh juga sebagaimana subjek wajib lainnya supaya nanti tak jejaskan pointer kita.

#semangat-semangat buat kuiz.haha(poyo)


Sunday 29 April 2012

MALAYSIAKU :)


Nama penuh saya Amira Binti Mohamed Din. Lahir di Muar, Johor, Malaysia. Membesar di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.




Satu-satunya harapan ialah agar Malaysia sentiasa aman dan harmoni.



#semoga anak cucu nanti dapat rasai nikmat sebuah negara yang aman. :')





Saturday 28 April 2012

IKHLASLAH KAMU ^_^

Daripada pengalaman lalu, memang sukar nak ikhlaskan hati untuk sesuatu perkara itu lebih-lebih lagi ia amat melukakan hati kita. Tambah-tambah bila diri rasa dianiaya dan menjadi magsa yang diikat kaki dan ditutup mulut untuk dijadikan kambing hitam. Perkara yang kita tak nak dan tak mahu, malahan tak pernah terlintas kat otak akan terjadi pada diri sendiri.

Memang sangat sangat sangat senang untuk kita cakap SABAR, TABAH, DUGAAN ALLAH kat orang lain bila mereka ditimpa masalah atau musibah. Akan tetapi, percayalah bahawa sangat sangat sangat sangat sukar untuk diri yang menanggungnya.

MEMAAFKAN... senang ke susah? Bergantung juga pada tahap keterlukaan hati tu. Memang ambil masa untuk recover balik. Masa yang SANGAT lama, percayalah. Walaupun hati dah ikhlas, tapi bekas tetap ada. Bukan diri tak ikhlas memafkan, akan tetapi sesetengah perkara yang sangat SIGNIFICANT membuatkan hati seperti tak mampu untuk memafkan. Sesungguhnya, memaafkan adalah perkara yang terbaik.

Pahit yang ditelan tak siapa yang tahu. Lebih pahit lagi bila kita ditinggalkan keseorangan untuk menanggung segalanya dan diletakkan semua kesalahan atas bahu kita walaupun kesalahan yang dibuat sekecil biji sawi. Keadaan akan jadi lebih teruk lagi, bila ada dalam kalangan yang mahu menghulurkan bantuan  menjadi BATU API tanpa mereka sedar.

Satu tindakan dari kita akan disusuli dengan beribu malahan berjuta andaian daripada orang lain. Jadi, kita kena bersedia untuk menerima apa sahaja yang dikatakan orang lain yang kononya lebih mengenali kita dan mengetahui apa maksud tindakan yang kita buat berbanding diri kita. Hal ini kerana hampir 95% yang mereka andaikan adalah tidak betul dan mereka pun tidak sedar tentang ketakrasionalan andaian mereka.

KAWAN SEBENAR... Pada masa macam ini, kita kan dapat kenali siapa kawan yang sebenarnya tulus dan ikhlas. Walaupun semua orang menyalahkan kita dan TAK ADA satu pun di sisi kita kerana pada masa ini semuanya pun nak selamatkan diri sendiri. Akan tetapi, kawan yang sejati akan PERCAYA kat kita tak kira apa pun kerana mereka tahu mereka lebih kenal siapa diri kita berbanding mereka yang menyalahkan kita.

Pada masa ini, kalau ada kawan yang macam ni memang sangat membantu dalam mengurangkan beban yang sedang ditanggung walaupun mereka tak mampu berbuat apa-apa melainkan berada di sisi kita. Memang diri ni LEMAH, akan tetapi kita kena kuatkan hati untuk mengharungi apa yang berlaku walau sepahit mana pun. Bila kita dah harungi, kita seperti tak percaya macam mana diri kita mampu untuk kuat pada masa itu.

Kadang-kadang kata-kata yang diucapkan tak memberi maksud apa yang terbuku di hati. Kadang-kadang air mata ialah kata-kata yang paling ikhlas dari hati. Kadang-kadang kawan tak semestinya kawan. Kadang-kadang tak semua benda semua orang boleh tahu. Kadang-kadang kejujuran dapat dimanipulasi. Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan kebaikan diri. Kadang-kadang dia tak seperti yang kita lihat. Kadang-kadang hipokrit lebih penting dari mempercayai. Kadang-kadang senyum tak memberi apa-apa erti. Kadang-kadang yang zahirnya elok tak menjanjikan apa-apa. Kadang-kadang kita perlu menangis tanpa keluarkan apa-apa kata-kata.

Bila hadapi masalah, hadapi dengan ikhlas kerana ia ujian dari Allah yang uji kita sebab dia sayang kita dan juga sebab dia nak tunjukkan kita sesuatu yang kita tak nampak. Kita kena kuat dan percaya kita masih beruntung jika dibandingkan dengan orang lain. Jadi, hadapilah masalah dengan rasa sabar. Maafkanlah mereka yang mendustai kita kerana mungkin mereka tidak sedar dengan apa impak tindakan mereka kepada diri kita.

Coretan dari buku La Tahzan : Jangan Bersedih, Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan.

''Sesungguhnya kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih memberikan hal-hal yang positif daripada kelemahan. Dan orang yang dengan kesedarannya sendiri tidak bersabar, maka keadaanlah kemudian yang akan memaksanya bersabar.''

A-Mutanabbi mengatakan :

Masa telah melemparkanku pada malapetaka
hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah. 
Hancur lebur hatiku hingga berkeping-keping saat anak panah itu menghujam ke dadaku. 
Tidak pernah kuingat lagi bencana itu kerana bagiku semua itu tidak bermanfaat.

#duhai hati,tahniah sebab ikhlas.




KEKECEWAAN T_T

Jumaat lepas bersamaan 27hb April, 'MEREKA' a.k.a budak-budak kelas aplikasi yang cool bersama cik azzwan telah berjaya melaksanakan aktiviti bermain bowling bersama-sama. Gembira untuk mereka tapi bukan untuk diri sendiri. :')

Patutnya plan pergi akhirnya tak menjadi. Rasa kecewa teramat. Nak meng'cancel'kan pun tak sampai hati. Tapi, mintak maaf TERAMAT SANGAT kat cik Azzwan sebab tak pergi. Kepada Izni sebab lepas kelas makro baru tau tak dapat pergi and masa Izni call baru nak call Izni sebenarnye. T_T Kepada yang message nak amik kat kolej.

HARAP MAAF

Kecelaruan, kekonfiusan, kerasabersalahan, kedilemaan melanda diri sama ada nak cancel atau tidak. Mane taknye semangat dah awal-awal lagi dah tulis guna marker (biasanya guna pen) kat kalender tersayamm nak pergi main bowling dengan korang after dah confirmkan dengan Jasmimi. (walaupun diri ini tak pandai main). =(

=.=

Sesungguhnya kita tak dapat duga apa yang akan berlaku. Segala yang kita rancang tak semestinya akan berjalan macam yang kita nak. Yang paling penting kat sini ialah hati kena redha dengan takdir Ilahi. Nak buat macam mana kalau dah tak de rezeki. :')

So, i'm looking forward for the next event dengan mereka yang cool ni. Hope i'm not gonna miss it again. SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH.

#tabahkan hati, jangan bersedih.

Thursday 26 April 2012

MARI MELIHAT UKM ^_^

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sila klik di bawah untuk melihat video mengenai UKM :



#sekian, ukm tercinta.

Tuesday 24 April 2012

VIDEO UKM YANG AWESOME

 Video "UKM dari kacamata pelajar"

Pastinya penghasilan video ini memakan masa untuk dibuat dan usaha yang dilakukan patut dipuji. Pelajar juga telah mencurahkan idea mereka untuk menghasilkan video yang dapat menarik orang luar untuk memilih UKM sebagai institusi pilihan mereka untuk meneruskan pengajian. 
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya jika video tersebut menggunakan Bahasa Melayu adalah lebih baik dan membuat 'subtitle' menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini lebih dapat menonjolkan identiti UKM sebenarnya.

Video "Korporat UKM"

Video ini mendedahkan orang luar serta pelajar UKM sendiri untuk mengetahui tentang kejayaan-kejayaan yang telah UKM capai sepanjang penubuhannya. Selain itu, video ini dapat memberitahu secara ringkas kepada orang luar apa yang UKM lakukan sebagai sebuah universiti penyelidikan.
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya video ini kurang menarik. Namun, pastinya video ini dapat menarik perhatian orang luar. Akan tetapi, jika ditambah dengan unsur yang lebih menarik mungkin akan lebih bagus.


# Sekian.

Monday 23 April 2012

HILANG :)


Hilang hilang hilang. Benda yang hilang selalunya dikatkan dengan LUPA. Selain lupa, LALAI juga penyebabnya.

Sepanjang hidup banyak benda yang saya dah hilangkan tanpa disedari. Lebih-lebih lagi mempunyai daya ingatan yang lemah. Kes hilang yang kelakar ialah masa di matrik dan UKM. :D

Satu hari ni, cari-cari dompet tapi tak ada. Jadi, consider hilang lah kan. Habis dah kena marah dengan roomate, mak, ayah, kawan dan lain-lain. Nak nangis bila kena marah. Lepas kena marah dengan mak, teringat nak pergi kafe tengok-tengok kalau ada kat sana sebab last pegang dompet masa malam semalam makan kafe. Malangnya, tak ada. Dalam perjalanan nak balik bilik, terseluk poket cardigan dan terjumpa dompet yang dicari tu. HUHHHH.. Lepas tu, apa lagi.. kena gelak dengan semua orang yang tahu cerita tu.. 

Pengalaman macam itu membuatkan kita lebih berhati-hati kelak. Namun, baru-baru ini terjadi satu lagi kisah kehilangan. Kali ni, giliran kunci bilik pulak. Hari tu ada discussion kat fakulti tapi sebelum tu singgah KUO untuk print dan photostat. Lepas balik dari discussion cari kunci tak ada. Nasib baik roomate ada kat bilik. Petang tu cari lagi kunci tu, selongkar beg semua. Tapi tak jumpa. Dan macam biasa kena marah dan mereka suruh gantung kunci kat leher katanya. =.="

Nak pergi duplicate ada exam, so tak ada masa. Jadi, esoknya pergi pejabat kolej nak minta kunci baru, kawan cakap RM5 je. Tapi bila pergi RM20 pulak. Disebabkan tak cukup duit yang dibawa dan atas nasihat Kak Sara(Jaksa KBH), tak jadi nak minta kunci di pejabat. Selama lebih kurang 5 hari hidup tanpa kunci bilik. Susah betul nak tinggal bilik. Sebenarnya, dah banyak kali jugak hilang kunci bilik. :P

Tapi selalunya hilang sebab tertinggal kat bilik kawan je. Kali ni, tak pasti tinggal kat mana. Sedih dan rasa bersalah kat kunci tu. Tibe-tibe masa kelas Accom, seluk kat poket pencil case yang kecik nak cari ubat pensil. Tiba-tiba terjumpa kunci bilik. Mula-mula ingat terambil roomate punya ke, rupa-rupanya kunci bilik yang ingat hilang tu. HUHHHH.. Jumpa akhirnya.. Habis kena gelak dengan roomate, tapi diri sendiri pun tak dapat tahan gelak. :D

PENGAJARAN !!!
Jangan cepat gelabah dan cari betul-betul dulu kalau tak nak kena marah dan gelak free-free.
Lagi satu, benda yang hilang tu ada je kat tempat yang kita tak sangka-sangka biasanya.

# kunci maafkan tuanmu ini ye. :')

Sunday 22 April 2012

CORETAN BUAT TEMAN :D



Assalamualaikum,

Ehem.. Memang sukar untuk membina satu ikatan persahabatan. Lebih-lebih lagi diri ni, banyak kurangnya. Bila salam perkenalan dihulur, perasaan bercampur-baur. ada rasa gembira, takut dan macam-macam. Tapi, nice to meet you friend. ^_^

Sepanjang kita kenal, macam-macam dikongsi bersama. Suka, duka, dan macam-macam lagi. Jalan ke mana-mana pun sama-sama. Rasa gembira bila dapat gelak sama-sama. Kadang-kadang ada terasa hati dan drama ambil hati. Lebih-lebih lagi awak ada kawan yang sensitif macam kita ni. :D

Tapi, kebahagiaan memang tak kekal lama kan? Mesti ada dugaan yang akan datang. Walaupun kita-kita gaduh or berpaling muka or dingin, kita harap awak tak ada rasa nak putus kawan dengan kita. Kita hanya perlu sedikit masa untuk cool down. Awak tetap kat hati kita. :)

Kita minta maaf sangat-sangat sepanjang persahabatan kita, kita mesti banyak sakitkan hati awak. Maklumlah, kita ni sensitif. Ngee.. Kita sayang semua kawan kita dan kita ingat kawan kita. Maaf sangat-sangat pernah buat awak kecewa. :(

Hmm, kita harap awak faham isi hati kita. Sejujurnya, kita ikhlas kawan dengan awak. Saya suka kawan dengan awak. Kita maafkan semua salah awak. Harap awak maafkan kita juga. Rindu saat-saat dengan awak. 

Maaf sangat kita nampak macam tak care pasal awak. Tapi, kita memang macam ni. Harap awak faham. Sekali lagi, kita minta maaf. Kita sayang awak. <3

* Harap persahabatan kita-kita sampai Jannah :)


Terutama untuk kalian,