Tuesday, 10 April 2012

KAWAN :D


Bila bersendirian kita kan kesunyian. Bila berduka, kita perlukan teman. Oleh itu, selain keluarga yang tercinta, kawan adalah aset bagi diri kita. Susah untuk mencari teman sejati. Untuk memulakan persahabatan mungkin senang, tetapi untuk mengekalkannya adalah sukar. Teman sejati adalah mereka yang sudi menerima kita seadanyanya dan berada disisi kita tika susah dan senang.


 TADIKA
Masa kecil asyik ingat main dan makan sahaja. Jadi, bila dah besar tak ingat siapa kawan-kawan tadika. Hanya ingat beberapa orang sahaja, itupun sebab mereka jiran dekat dengan rumah. Seronok masa kecil, tapi kita masih tak tahu untuk menilai erti sebenar persahabatan. Tapi masa kecil gaduh, lepas itu esok dah main sama-sama. Tiada dendam dan perasaan hasad dengki.





 
SEKOLAH RENDAH
Bila dah masuk sekolah pakai kain biru gelap ni, mula dapat lebih ramai kawan. Mereka semua baik dan innocent belaka. Masa ini, mulalah kawan-kawan kelas main kawan dan tak kawan. Bila mereka gaduh atau ada selisih faham, mereka akan tak berkawan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka tidak serius dalam hal ini. Masa ini, kita baru nak belajar erti persahabatan dan baru mempunyai kawan baik.




SEKOLAH MENENGAH RENDAH
Melangkah ke alam persekolahan kain biru muda amatlah mencabar kerana ia merupakan permulaan ke alam remaja. Di sini, kita dapat belajar erti persabahatan yang lebih besar. Ada kawan yang baik, ada yang kurang baik. Oleh itu, masa ini kita kena pandai untuk memilih kawan. Jika kita salah memilih kawan, maka masa depan kita akan terjejas. 







SEKOLAH MENENGAH ATAS
Menjadi semakin dewasa dalam persahabatan menjengah usia 16-17 tahun. Masa ini, kita sudah matang dalam memilih kawan yang sesuai dengan diri kita. Kita akan mencari kawan yang mempunyai banyak persamaan dengan kita supaya kita berasa selesa untuk meluahkan perasaan dan melakukan aktiviti bersama-sama.










Selepas itu, kita akan lebih matang lagi dalam mencari kawan. Kita akan mengenal lebih ramai kawan baru dan berkongsi pemikiran dengan mereka. Hal ini akan memupuk kemahiran bersosial kita supaya kita mudah untuk menyesuaikan diri dengan orang dan persekitaran yang baru. Berkawan juga membolehkan kita membuka pemikiran kita di luar kotak. Hal ini kerana kita dapat berkongsi pengalamaan dan cerita dengan orang lain. Oleh itu, apabila melangkah ke alam pekerjaan, kita tidak akan berasa kekok dan mudah untuk kita menjalankan tugas kita.


# carilah kawan yang baik dan jaga hatinya. :)

1 comment: