Friday, 30 March 2012

MASA OH MASA...

jam buang masa
Pening kepala bila memikirkan macam mana nak bahagikan masa yang ada dengan semua kerja yang harus buat dan terpaksa buat. =.=" Bila ada aktiviti menarik mesti nak join tapi bila buat perkiraan dan pertimbangan semula, rasanya tak mampu nak jalankan tanggungjawab dan beri komitmen sepenuhnya untuk aktiviti itu. Walaubagaimanapun, sebagai seorang pelajar UKM, walau sesibuk mana pun... Mines tetap ada masa nak pergi, Time Square tiap-tiap hari Sabtu, telefon 'kawan' berjam-jam, assignment tangguh-tangguh, makan tambah dengan gosip-gosip, dan lain lain lagi. Untuk semua perkara ni, pasti kita ada masa kan??? :)

Adakah kita ada masa untuk.......
- Baca surat khabar ATAU baca status kawan kat FB
- Jumpa dengan pensyarah ATAU jumpa dengan buah hati
- Taip mesej banyak-banyak untuk si dia ATAU taip entri baru kat blog A.K
- Bertweet tweet sampai beratus sehari ATAU buat tutorial dan latihan banyak kali
- Pergi kedai buku beli buku rujukan ATAU pergi mall beli baju baru
- Main game dari pagi sampai pagi buta ATAU buat ulangkaji dari pagi sampai pagi buta
- Mengutuk orang lain ATAU memuhasabah diri sendiri
- Berjalan-jalan di I-City ATAU berjalan-jalan buat penyelidikan kerja berkumpulan
- Betulkan kesilapan kita ATAU terus melakukan kesilapan

berfikir-fikir

Kita memang ada masa untuk buat semua perkara di atas ini, tapi ia sangat bergantung pada macam mana nak bahagikan masa kita. Kita berhak menentukan apa yang kita nak buat dengan masa yang kita ada. Jadi, pandai-pandailah bahagikan masa macam mana belajar, beraktiviti, perjumpaan kelab, bermesyuarat, luangkan masa dengan keluarga, keluar bersama kawan dan sebagainya. Kita ada hak untuk buat apa sahaja yang kita nak asalkan kena pada waktunya dan benda yang kita lakukan bermanfaat. Masa yang ada jangan sia - siakan. Kalau mampu, cuba buat banyak perkara dengan masa yang ada. Menjadi seorang pelajar memang mencabar dalam aspek membahagikan masa. =.=" Namun, sesungguhnya kita mampu untuk buat macam-macam benda lain selain belajar. Kita boleh pergi melancong dengan kawan-kawan, beriadah, buat aktiviti yang dianjurkan untuk pelajar, jalan-jalan dengan kawan dan macam-macam lagi benda yang tentunya sukar untuk kita dapat peluang  lakukan jika sudah bekerja dan berkeluarga nanti. Jadi, fikir-fikirkanlah cara yang paling sesuai untuk bahagikan masa yang anda ada. :)
 Kita tidak mampu untuk menjadi sempurna, tapi kita mampu untuk berusaha mencapai kesempurnaan itu.

Yesterday is a canceled check; tomorrow is a promissory note; today is the only cash you have - so spend it wisely.
~ Kay Lyons ~
masa masa masa



#  hanya mengingatkan diri ni supaya tak lupa :) hehehe :D

No comments:

Post a Comment