Thursday, 29 March 2012

DUGAAN :(

Sebagai seorang manusia, dugaan adalah perkara yang mesti kita hadapi. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. "Ah, boleh ke aku hadapi semua ni?" "Beratnya dugaan ni.." "Aishh, masalah lagi!!" . Bila kita mendapat dugaan, kita akan mengeluh tak kira sama ada dugaan itu kecil, sederhana atau besar. Contoh dugaan kecil, Pensyarah datang lewat ke kelas.. pelajar akan " Aish, lambat pulak lecturer ni datang hari ni".







Kita diuji bersebab dan Allah uji kita menunjukkan Dia sayang kita. Jadi, bila diuji dengan dugaan yang kecil, elakkan diri dari mengeluh sebelum kita mendapat dugaan yang lebih besar. Jangan cepat putus asa dan merasa kecewa. Cuba minta bantuan dari keluarga dan rakan terdekat yang memahami diri kita. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. 










Kita perlu menghadapi dugaan dengan tenang dan sentiasa berfikiran positif. Dan kita perlu percaya, dugaan itu hanya sementara. Kita juga perlu kuat dari segi mental.









Dan yang paling penting, bila diuji walau sekecil mana pun, kita jangan lupa meminta kemudahan daripada-Nya. Sentiasa tenang dan sabar dengan dugaan yang diberikan serta percaya ada yang lebih baik menanti kita jika kita sabar dan kuat menghadapi dugaan itu.





# Sentiasa bisik kat diri kita "Kau kuat, kau boleh" bila dugaan datang kat kita.

No comments:

Post a Comment