Assalamualaikum sahabat :)
Beraktiviti sosial dan bekerja berpasukan memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam diri kita. Jika berkawan , banyak pula karenah yang kita tidak pernah jangka akan kita kakui sepanjang perkenalan itu, Jika beraktiviti, terutamanya aktiviti yang melibatkan kerja secara berpasukan yang sangat memerlukan komitmen daripada ahli pasukan sukar untuk kita mendapatkan kesempurnaan secara keseluruhannya.
Pelbagai perkara yang kita lakukan sehari - hari juga akan menguji tahap kesabaran kita. Contohnya, ketika menunggu bas untuk ke kuliah atau pulang ke kolej, dimarahi oleh pemandu bas, menunggu makanan yang dipesan di kafe, menunggu duit pinjaman atau biasiswa untuk masuk ke dalam akaun dan sebagainya.
Sesungguhnya sabar itu memang separuh daripada iman. Bayangkan jika kita tidak sabar, sudah tentu kita akan melakukan banyak perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Contohnya, tidak hadir ke kuliah, memarahi tukang masak kafe, memarahi di laman sosial tentang kelewatan duit pinjaman atau biasiswa masuk ke dalam akaun.
Seandainya kita tidak dapat mengawal rasa sabar kita dengan baik, maka kita akan terarah untuk melakukan perkara - perkara yang tidak rasional. Perkara - perkara yang kita tidak akan jangka kita akan lakukan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menguatkan tahap kesabaran diri kita dan menjaga adab kita.
Semoga kita akan mendapat kemudahan di atas perkara yang kita lakukan dengan rasa sabar.
Salam. :D
#sekadar renungan untuk diri sendiri dan sahabat.
topik yg menarik utk dikgsi bersame, i like..hehe ^_^
ReplyDeletehehe.. thanks.. :)
ReplyDelete