Friday, 16 March 2012

Kejohanan Racketlon UKM 2012 Bersama Menteri Belia dan Sukan

Buat mahasiswa/i sekalian, pada 24 Mac 2012 ini iaitu pada Sabtu minggu hadapan akan diadakan Kejohanan Racketlon UKM 2012. Anda dijemput hadir ke kejohana ini bagi memeriahkannya. 

Program Kejohanan Racketlon UKM 2012 Bersama Menteri Belia dan Sukan ialah anjuran Kelab Skuasy, UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Sportspin Athletic Events & Management serta Azlan Iskandar.

Tujuan kejohanan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan tentang sukan racketlon yang baru meningkat naik popularitinya ini kepada mahasiswa/i dan warga UKM serta orang awam. 



Penyertaan bagi kejohanan ini terbuka kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi dan mereka yang berminat dan ingin mempelajari ilmu mengenai sukan racketlon. 

Sukan Racketlon lebih terkenal di negara-negara Eropah dimana Racketlon ialah satu pertandingan di mana peserta-peserta menentang satu sama lain dalam setiap empat sukan raket utama yang berikut: 

 1) TENIS















2) PING PONG












 3) BADMINTON













4) SKUASY 


 












Perasmian bagi kejohanan ini akan disempurnakan oleh Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek ( Menteri Belia dan Sukan )

Semua Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Lagi Kejohanan Racketlon Yang Pertama Di Peringkat Ipta.

- ASTRO ARENA akan membuat broadcasting ketika kejohanan berlangsung.



" RACKETLON MENJANA KECEMERLANGAN ROHANI DAN JASMANI "



Tentatif Program :

24 Mac 2012 (Sabtu)

7.45 pagi
Ketibaan para peserta
(Kompleks Skuasy UKM)


8.00 pagi
Racketlon mula (Pusingan Pertama)
Kompleks Skuasy ,
Kolej Keris Mas,
Gelanggang Tennis, Kelab Golf Danau, UKM


9.30 pagi – 10.00 pagi
Ucapan perasmian pembukaan
Oleh : Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan

10.00 pg – 1.00 tengahari
Racketlon (Suku Akhir)

1.00 petang – 2.00 petang
Rehat

2.00 petang – 4.00 petang
Separuh akhir bermula

4.00 petang- 6.00 petang.
Perlawanan Akhir

6.00 petang
Penyampaian hadiah
Oleh : Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Dataran Kompleks Skuasy UKM

6.45 petang
Minum petang


7.00 malam 
Bersurai 

MAKLUMAN : Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa/i UKM. Terdapat dua(2) kategori iaitu kategori Lelaki (L) dan Perempuan (P). Penyertaan terhad kepada 16 Lelaki dan 16 Perempuan. Yuran Penyertaan hanya sebanyak RM 15.
Tarikh tutup penyertaan selewat-lewatnya pada hari Selasa (20 Mac 2012)

*Makan/Sijil/T-shirt disediakan untuk para peserta
**Jangan Lepaskan Peluang untuk beramah mesra bersama Menteri Belia dan Sukan !
***Astro Arena akan membuat penyiaran ketika kejohanan berlangsung

Kepada yang berminat boleh hubungi Lee Kah Yent 012-2863338
# jom mai, pakat datang ramai - ramai, jangan sia- siakan cuti anda dengan aktiviti yang sia - sia. :)

No comments:

Post a Comment